Khamis, 30 Mac 2017

Ahmad Said yakin akan menang PRU14 jika dia bertanding..


Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yakin akan memperoleh kemenangan besar sekiranya bertanding dalam PRU14.
Bagaimanapun, beliau berkata, belum memutuskan sama ada ingin bertanding atau tidak.

“Saya tak nak komen lagi kalau diminta untuk terus kekal bertanding bagi kerusi Kijal, tengok keadaan, mungkin fikiran akan berubah pada bila-bila masa. 

“Namun, kalau saya bertanding di Kijal, Inshaa-ALLAH,  tiada masalah. Tetapi, kalau saya tak bertanding, calon tu kena saya pilih bagi memastikan kemenangan Umno dan BN di kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Ahmad Said berkata, calon yang dipilih mestilah berkaliber dan dipercayai bagi menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin rakyat.

“Kalau pilih calon secara suka-suka, kalau kalah saya tak tahu dan tak nak bertanggungjawab. Sebab itulah senarai nama calon kita akan tentukan, sebab saya lebih tahu dan lebih rapat dengan orang bawahan saya,” katanya.

Mengulas mengenai senarai nama calon Umno Bahagian Kemaman yang sebelum ini dikatakan akan diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, katanya, ia belum dimuktamadkan lagi


EmoticonEmoticon

<>