Khamis, 30 Mac 2017

Beli rumah cuma tambah hutang, menteri saran sewa saja


Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyarankan generasi muda menyewa rumah sebelum membeli hartanah demi elak hutang jangka panjang.

Memiliki aset hartanah di usia muda hanya mengundang hutang jangka masa panjang, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau memberi contoh negara luar seperti United Kingdom, (UK), penduduknya lebih suka menyewa lama-lama sebelum mempunyai cukup wang untuk membeli aset.

Ia budaya kita kita tidak percaya kepada sewa. Kita perlu tukar fikiran, kata Johari ketika sesi dialog Transformasi Nasional (TN50) di sini.

Apabila anda ke United Kingdom, mereka hanya menyewa hinggalah mereka mempunyai wang untuk membuat komitmen jangka panjang.

Beliau turut mencadangkan lebih banyak rumah mampu milik dibina untuk disewa dan bukannya untuk dibeli.







EmoticonEmoticon

<>