Jumaat, 24 Mac 2017

BN diramal menang PRU14?


Kemenangan BN diramal pada PRU14 ini dengan wujudnya beberapa faktor lain yang membantu parti itu terus berkuasa termasuklah sistem pilihan raya yang ada sekarang.

Pemegang ketiga Kursi Tun Hussein Onn di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Prof Dr Jomo Kwame Sundaram berkata, sistem pilihan raya yang ada sekarang, BN dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat terus berkuasa.

"BN juga mungkin tidak akan mendapat capai jumlah undi sehingga 40 peratus. Selain itu, lawan tiga penjuru dan persempadanan semula yang ditukar kawasan mengundi dan juga pembahagian kerusi akan menguntungkan BN.
"BN juga mempunyai majoriti undi di kawasan Sabah dan Sarawak memandangkan pembangkang kurang peka terhadap keluhan rakyat di kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Sinar Online.

Tambahnya lagi, soal kerjasama pembangkang juga menyumbang kepada kekalahan dalam PRU14 kelak.
"Kalau pihak pembangkang tidak berjaya mengatasi perselisihan mereka, BN akan terus memerintah di peringkat persekutuan atau nasional, DAP dan PKR barangkali akan terus berkuasa di Pulau Pinang dan Selangor.

"Soal Pas pula, parti itu sukar menang di pantai timur tanpa kerjasama pembangkang lain walaupun tidak dinafikan mereka lebih kuat di kebanyakkan kawasan negeri itu.

Menurut Jomo lagi, perselisihan antara pembangkang melayu juga membuatkan BN terus kuat walaupun sudah tidak mendapat sokongan kaum itu lagi.

"Ironinya, akibat perselisihan di kalangan pembangkang melayu membuatkan kedudukan mereka semua akan merosot walaupun kemarahan rakyat melayu terhadap Umno-BN terus meningkat.

"Kedudukan BN akan bertambah kuat walaupun sokongan undinya jauh lebih rendah manakala Pas, PKR, Bersatu dan Amanah semua akan menjadi makin lemah serta dan mungkin beberapa parti akan hancur.

"Keadaan ini akan membuatkan DAP akan timbul semula sebagai pembangkang utama di Malaysia," katanya lagi.


EmoticonEmoticon

<>