Selasa, 28 Mac 2017

GURU BERSAMA PEMBANGKANG DIAMBIL TINDAKAN, GURU JADI AJK UMNO BN?


Saya dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini giat menjalankan operasi memburu guru-guru di seluruh Malaysia yang kononnya bergiat aktif bersama Parti pembangkang. Adakah ini petanda pilihanraya semakin hampir?

Saya turut dimaklumkan juga bahawa surat tunjuk sebab telah diberikan kepada lima orang guru yang terlibat. Saya nak tegaskan kerajaan Umno BN, bukan secara mudahnya untuk ambil tindakan terhadap pegawai kerajaan kerana mereka mempunyai perlindungan yang dijamin oleh Perlembagaan.

Persoalannya sekarang, bagaimana pula dengan guru-guru yang aktif berpolitik dengan Umno BN? Malah ada yang menjadi AJK Umno, MIC dan Parti komponen BN yang lain.
Bukankah setiap rakyat Malaysia berhak menyatakan yang benar serta mengkritik kerajaan. Malah guru juga rakyat dan mereka mesti dinilai daripada sudut menjalankan tugas sahaja. Perlukah mereka diambil tindakan oleh pihak tatatertib KPM?


Saya ingin menasihatkan mana-mana guru yang diambil tindakan atas kapisiti menyokong pembangkang supaya mencabar tindakan tersebut di Mahkamah.


Guru-guru merupakan pendidik yang berfikiran waras dan matang untuk membezakan pihak yang mana baik atau buruk meskipun tidak sehebat Menteri CGPA 3.85.


Kerajaan Umno BN pada hari ini semakin hari semakin bersifat autokratik untuk menerima segala kritikan dan ini menunjukkan Umno BN sudah nak 'tumbang' dan cuba memberi tekanan kepada kakitangan kerajaan.


Dato' Seri Dr. Santhara - Segamat
Pengerusi, Biro Integrasi Nasional
Parti Keadilan Rakyat


EmoticonEmoticon

<>