Rabu, 29 Mac 2017

Kisah Scorpene menjelma di sebalik perjanjian baru Perancis


Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) menzahirkan keprihatinan berhubung potensi untuk berlakunya satu lagi skandal seperti Scorpene ekoran rancangan untuk memeterai perjanjian pertahanan baru dengan Perancis.

Presiden Perancis Francois Hollande tiba di Kuala Lumpur semalam untuk mengadakan lawatan selama dua hari.
"Perlu diperhatikan bahawa ini lawatan peringkat presiden yang kedua dari Perancis ke Malaysia selepas lawatan Presiden Jacques Chirac pada Julai 2003, tahun yang sama perjanjian kapal selam Scorpene antara Malaysia dan Perancis telah ditandatangani.

"C4 amat prihatin tentang usaha terbaru ini...," kata Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel dalam kenyataan.
Tegas beliau, sogokan yang dibayar oleh syarikat Perancis kepada individu Malaysia berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene masih diteruskan oleh tribunal Perancis.
"Sejumlah 114.9 juta euro (RM551 juta) sedang disiasat atas sogokan dan rasuah intensif.

"Dua pegawai peringkat tinggi Perancis yang terbabit dalam perjanjian itu telah didakwa membayar rasuah kepada Abdul Razak Baginda," katanya.

Sumber:Malaysiakini


EmoticonEmoticon

<>