Isnin, 20 Mac 2017

Pentadbiran Najib Menghadapi Masalah Kewangan, Penjawat Awam Perlu Diberhentikan


BEKAS Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim dipetik sebagai berkata adalah berbaloi untuk kerajaan memberhentikan kakitangan awam sekarang daripada menunggu sehingga negara terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti yang berlaku di Greece.

"Walaupun perbelanjaan kerajaan untuk memberhentikan (kakitangan awam) adalah besar, adalah berbaloi untuk melakukannya sekarang selagi termampu, daripada menunggu sehingga kita terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti yang berlaku di Greece," katanya.

Dakwanya lagi, pemberhentian kakitangan awam pada masa ini juga merupakan satu pendekatan yang positif bagi membolehkan mereka diberi pampasan yang adil.

Beliau dilaporkan berkata demikian pada forum tadbir urus ekonomi yang diadakan di Sasana Kijang, Bank Negara semalam.


Memetik kenyataan beliau sebagai berkata:

"Birokrasi kerajaan sudah menjadi begitu besar, ia bukan sahaja mengambil terlalu banyak sumber, tapi juga mewujudkan banyak kegagalan di dalam ekonomi kewangan kita,"

Mohd Sheriff turut mengambil contoh kepada tindakan penstrukturan semula Malaysia Airlines baru-baru ini di mana 6,000 orang telah diberhentikan. 

Dakwanya, adalah baik untuk memberhentikan pekerja sekarang dan memberikan mereka pampasan dengan pakej pemberhentian sementara kerajaan masih mampu melakukannya.

Pandangan beliau ini nampaknya begitu senada dengan isu yang ditimbulkan oleh Nazir Razak, adik kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Menulis di instagram miliknya, Nazir sebelum ini membayangkan bahawa penjawat awam Malaysia yang terlalu ramai akan membebankan negara.

Beliau menggesa masaalah itu segera ditangani bagi mengelakkan generasi masa depan terpaksa mananggung beban.


Apa yang aku boleh simpulkan daripada perkara ini ialah, kerajaan pimpinan Najib Razak kini sedang menghadapi masalah kewangan untuk menanggung gaji serta pencen kakitangan awam seluruh negara.

Tidak lama lagi sudah pasti pemberhentian kakitangan awam akan dibuat secara berperingkat. 

Namun sebelum itu, pelbagai forum, wacana dan perbincangan akan dibuat bagi melihat reaksi rakyat khususnya penjawat awam. Modus operandi seperti ini sudah kita lihat sebelum ini, contohnya ketika kerajaan Najib mahu melaksanakan GST.

Good luck rakyat Malaysia!




EmoticonEmoticon

<>