Khamis, 23 Mac 2017

Remaja pandu lawan arus hingga sebabkan kematian didakwa di mahkamah esok


Ini adalah pertuduhan kedua ke atas model sambilan itu selepas dihadapkan atas pertuduhan penyalahgunaan dadah pada Jumaat lalu.

Remaja perempuan yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan maut di  KM 134 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dekat Permatang Pauh 13 Mac lalu, akan didakwa atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah Dan alkohol sehingga menyebabkan kematian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid melalui Aplikasi Whatsapp berkata Ng Pei Ven, 19, akan didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: astro awani


EmoticonEmoticon

<>