Jumaat, 17 Mac 2017

RM1.40 Sehari Cukup Untuk Bajet Makanan-Najib Razak



RM1.40 Sehari Cukup Untuk Bajet Makanan. Baca Pengiraan Ini.

Sejak beberapa hari ini kecoh di laman sosial dengan isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diberikan kepada rakyat bermula 18 Februari 2017 lepas.

Namun, ada juga rakyat yang lambat mendapat wang itu disebabkan beberapa faktor. Yang pasti bermula 18 Februari 2017, proses baucer penerima yang menerima akan dilakukan terlebih dahulu.

Manakala penerima yang menggunakan pembayaran melalui akaun bank masing-masing akan mendapat bayaran fasa pertama mereka bermula 22 Februari 2017.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kes dimana ada pemohon yang masih tidak dikreditkan wang BR1M ke dalam akaun mereka. Mungkin disebabkan beberapa masalah teknikal.

BR1M Cukup Untuk Makan Setahun?

Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dengan bangganya memaklumkan kepada para hadirin, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diberikan adalah cukup untuk 'makanan' satu tahun.

Beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah kira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan.

Menurut Perdana Menteri, dengan duit RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.

“Bantuan Rakyat 1 Malaysia…RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita (kerajaan) telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo (kilogram), minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi.

“Maknanya, kalau kita (rakyat) hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan (satu tahun) yang akan datang. Inilah kerajaan yang membela rakyat, kerajaan Barisan (BN),” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu, hari ini, Sabtu 23 Februari.


2 ulasan

https://youtu.be/_JToEqy-BKI

A must watch video speech by Mattias on 1MDB


EmoticonEmoticon

<>