Jumaat, 31 Mac 2017

Tan Sri Jason Goh Cuba Rasuah Sultan Johor ditahan SPRM


Ahli Perniagaan TAN SRI Dr Jason Goh Teck Chai Pengasas dan penaishat syarikat Tumpuan Megah Development Sdn Bhd tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini untuk mendapatkan perintah reman berhubung cubaan merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Jasin Goh berumur 54 tahun itu tiba di sini dengan berpakaian lokap berwarna oren pada pukul 9.30 pagi hari ini.
Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika mengesahkan suspek tersebut ditahan untuk disoal siasat selepas diberi amaran untuk segera tampil menyerah diri.
Lelaki berbangsa Cina itu diminta menyerah diri selepas Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat seorang individu cuba merasuah baginda dengan menawarkan RM2 juta bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi nendapatkan gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Susulan itu, pada 25 Mac lalu menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook, baginda bertitah supaya SPRM mengadap baginda segera supaya perkara terbabit dapat disiasat.
Dalam media sosial netizen memuji tindakan Sultan Johor melaporkan kepada SPRM. SPRM bertindak pantas menyiasat kes VIP bergelar Tan Sri ini sehingga tertangkapnya Tan Sri Jason Goh ahli parniagaan yang terkenal rapat dengan kerabat raja.






EmoticonEmoticon

<>