Ahad, 19 Mac 2017

UMNO WUJUD SETELAH 446 TAHUN MELAYU HIDUP TIDAK BERSATU – ANNUAR MUSA


Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa bermegah keanjalan survival hayat politik sejarah Umno dan bangsa Melayu.
Umno merupakan sebuah parti yang ‘payah mati’ kerana memiliki DNA dan baka tersendiri yang cukup kuat, berbeza dengan parti-parti politik lain, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau memberi contoh parti Pas yang lahir daripada Umno, Parti Amanah (pecahan daripada Pas), Semangat 46 (lahir daripada Umno), DAP (pecahan daripada Parti Tindakan Rakyat Singapura) dan PKR (pecahan Umno).
Jelas Annuar, Umno pula tanpa lahir atau pun tumbuh dari ranting lain, wujud setelah 446 tahun bangsa Melayu hidup dalam suasana tidak bersatu, tiada kerajaan dan dalam suasana dijajah selama tujuh keturunan.
“Ini bukan sembarangan parti, bukan serpihan, bukan lahir dari rasa tidak puas hati, kalah bertanding atau kena buang, tapi lahir secara fitrah dan semula jadi, datang dari hati nurani rakyat yang tujuh keturunan tidak bergabung,” katanya dalam ucaptamanya sempena Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Umno Cawangan-Cawangan seluruh negeri Kedah di sini hari ini.  


EmoticonEmoticon

<>