Jumaat, 17 Mac 2017

Wang Rakyat Di Guna Bayar "Bunga" Hutang 1MDB RM2.7 Bilion Setahun.


Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengganggarkan pembayaran faedah yang perlu dibayar syarikat menanggung beban hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah antara RM2.4 bilion dan RM2.7 bilion setahun.
Anggaran tersebut dibuat Husni jika mengambil kira hutang keseluruhan 1MDB yang berjumlah MR42 bilion.
"Jika hutang tersebut RM42 bilion, pembayaran faedahnya adalah antara RM2. 4 bilion dan RM2.7 bilion setahun," katanya menjawab soalan daripada ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin semasa sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-11 di Dewan Rakyat.
Daripada jumlah keseluruhan tersebut, hutang 1MDB terdiri daripada RM18 bilion untuk membeli syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP), RM1.7 bilion untuk pembelian tanah, RM5.8 bilion untuk perbelanjaan kewangan dan RM16.4 bilion untuk dana pelaburan.
Husni terdahulu, disoal bertalu-talu daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat yang mempersoalkan mengenai banyak urus niaga meragukan melibatkan 1MDB.
Antaranya termasuk peranan ahli perniagaan Low Taek Jho dalam 1MDB.
Ahli Parlimen Bayan Baru yang juga pengarah strategik PKR, Sim Tze Tzin mengasak Husni mengenai isu membabitkan sebuah syarikat bernama Good Star Limited, yang dilaporkan dikuasai Jho Low.
Husni bagaimanapun menafikan dakwaan mengatakan Jho Low mempunyai peranan dalam syarikat Good Star itu.


EmoticonEmoticon

<>