Ahad, 30 April 2017

'Jom Pi Pasar' cara Wanita Umno dekati rakyat - Kak Jat


PUTRAJAYA - Wanita Umno komited untuk mendekati rakyat menerusi pelbagai program yang dianjurkan dengan  yang terbaru 'Jom Pi Pasar', kata Ketuanya  Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Jabatan Perdana Menteri itu berkata, 'Jom Pi Pasar' akan dilaksanakan di pasar yang terdapat di  kawasan pusat  daerah mengundi.

"Menerusi program 'Jom Pi Pasar', setiap bulan 150 pengunjung di pasar terpilih akan menerima kupon RM20 untuk mendapatkan barangan keperluan," katanya ketika berucap  merasmikan penutupan  pertandingan Marhaban Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan di Kementerian Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Jelas Shahrizat, program 'Jom Pi Pasar' bertujuan mengeratkan silaturahim di antara Wanita Umno dan rakyat.

Bercakap kepada pemberita pada majlis itu, beliau menjelaskan harapan Wanita Umno menjelang sambutan Ulang Tahun ke-71 Umno  di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei ini ialah satu sahaja iaitu menentukan kemenangan BN pada PRU14.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/politik/jom-pi-pasar-cara-wanita-umno-dekati-rakyat-1.667407


EmoticonEmoticon

<>