Selasa, 4 April 2017

‘Najib, berapa kali anda berjumpa Jho Low'


Di sebalik serangan peribadi Barisan Nasional (BN) memburuk-burukkan imej Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, beliau sebaliknya melontarkan satu soalan mudah buat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Soalan ini sebagai reaksi Kit Siang terhadap serangan yang disifatkannya sebagai ‘pembohongan strategik BN’ melalui Utusan Malaysia yang menggambarkan bahawa Pakatan Harapan merupakan ‘ali baba’ kononnya dikawal oleh beliau.
“Berapa kalikah Perdana Menteri bertemu Jho Low, di mana dan bila, setelah Pilihan Raya Umum ke-13 dan adakah abda bertemu Jho Low semasa lawatan rasmi terakhirnya ke China?
“Dan apakah yang telah dibincangkan mereka selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013, apabila Jho Low telah ditolak sendri oleh rakyat Pulau Pinang setelah berhabis 10 juta ringgit untuk menjatuhkan Kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri?
“Atau adakah Najib mengakui bahawa dirinya tidak pernah bertemu Jho Low selepas pilihanraya 2013?” soalnya dalam sidang parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menegaskan, tidak ada sesiapa yang percaya bahawa Pakatan Harapan merupakan sebuah organisasi ‘Ali Baba’.
“Tetapi tidak syak lagi bahawa rakyat Malaysia yakin bahawa Najib bertanggungjawab mewujudkan gabungan ‘Ali Baba’ di Malaysia dalam pakatan ‘Najib-Jho Low’ yang telah menyebabkan Malaysia dikenali sebagai negara kleptokrasi global akibat skandal kewangan mega 1MDB saat ini.
“Bolehkah kita minta Pengarah Komunikasi Strategik BN untuk bertanyakan soalan ini kepada Perdana Menteri dan bukannya terlibat dengan kempen jahat ‘pembohongan strategik’?” soal beliau.
Menurut beliau, kempen jahat berbaur fitnah yang dilancarkan Utusan Malaysia melalui sebuah logo dengan imej dirinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Mohd Sabu dengan kapsyen “ASALKAN BUKAN PAKATAN KIT SIANG’ adalah kelakar.
“Di sini saya merayu kepada Utusan Malaysia dan pemimpin UMNO supaya tidak memalukan atau menjatuhkan maruah bangsa Melayu sendiri dengan menggambarkan tokoh-tokoh Melayu yang pernah menjawat sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Presiden dan Timbalan Presiden UMNO memiliki moral yang rendah yang kononnya telah menjadi boneka setelah mereka tidak lagi menjawat jawatan tersebut!” katanya lagi.
Sumber: Roketkini


EmoticonEmoticon

<>