Khamis, 20 April 2017

Penggali kubur turut dapat bantuan dari kerajaan negeri P Pinang


Bukan setakat masjid mendapat bantuan saguhati dari kerajaan negeri Pulau Pinang,  penggali kubur dari setiap masjid juga diberi penghargaan oleh kerajaan negeri.
Setiap mereka telah diberikan saguhati RM200 oleh kerajaan negeri sempena majlis pembukaan Pusat Khidmat Pengkalan Pasir oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sempena pelancaran Pusat Khidmat Amanah Permatang Pasir itu, kenduri rakyat telah diadakan bagi meraikan penduduk setempat.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah merasmikan majlis yang turut dihadiri sama oleh Exco Agama Datuk Malik Kasim.
Turut hadir ialah Presiden Amanah Haji  Muhammad Sabu yang berucap mewakili Amanah. Turut berucap adalah Datuk Dr Mujahid Yusof Pengerusi Amanah negeri.
Pada majlis yang sama masjid sekitar Permatang Pauh turut diberi bantuan saguhati sempena menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak yang bakal tiba.
Menurut Azhar Mat Dali, pegawai khas pejabat Ketua Menteri, Pusat Khidmat ini bertujuan menyampaikan segala bantuan dan maklumat yang disediakan oleh Kerajaan negeri.
Beliau juga mengharap penduduk setempat dapat bertemu dengan pegawai pusat khidmat jika memerlukan apa apa bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri.
Permatang Pasir adalah satu-satunya kawasan Dewan Undangan Negeri yang dimenangi calon Pas dalam pilihan raya umum lalu.
Adunnya, Datuk Mohd Salleh Man adalah Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang sekarang ini.


EmoticonEmoticon

<>