Isnin, 10 April 2017

RM8,000 sekeping MyKad palsu dijual di Sabah


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah mendedahkan penjualan kad pengenalan MyKad palsu oleh sindiket yang belum dikenal pasti dalangnya, boleh mencecah sehingga RM8,000 sehingga RM10,000 sekeping.
Pengarah JPN Sabah, Ismail Ahmad berkata pihaknya mengetahui perkara itu selepas seorang warga asing cuba membuat pasport Malaysia di Jabatan Imigresen Kota Kinabalu bulan lepas, namun diberkas polis selepas MyKad yang digunakannya dikesan palsu oleh pihaknya.
“Semua yang kita tahu orang-orang ini yang beroperasi melalui orang tengah. Malah pelanggan mereka tidak tahu siapa mereka berurusan dengan. Apa yang mereka mahukan adalah produk akhir,” katanya kepada pemberita hari ini.
Kad pengenalan palsu itu dirampas daripada warga warga Filipina dan Indonesia sepanjang operasi bersama polis, Jabatan Imigresen, JPN dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
Katanya, walaupun ciri-ciri luaran kad pengenalan palsu itu hampir sama dengan MyKad sebenar kerana dibuat menggunakan mesin canggih, namun cip yang digunakan pada MyKad itu adalah kosong dan mudah dikesan oleh sistem JPN.
“Kes pemilikan kad pengenalan palsu yang dikesan di Jabatan Imigresen adalah satu daripada enam kes MyKad palsu termasuk sekeping MyKad taraf Penduduk Tetap dari Januari hingga Mac tahun ini,” katanya.
Beliau berkata walaupun ciri-ciri luaran kad pengenalan palsu itu hampir sama dengan MyKad sebenar kerana dibuat menggunakan mesin canggih, namun cip yang digunakan pada MyKad itu adalah kosong dan mudah dikesan oleh sistem JPN.
Ismail berkata suspek berkenaan telah dihadapkan di Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 25 Akta Pendaftaran Negara 2007 (Pindaan) yang membawa hukuman sehingga dua tahun penjara atau denda sehingga RM30,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
“MyKad palsu ini tiada hubung kait dengan JPN Sabah… MyKad ini sama (dengan MyKad sebenar) tetapi tidak serupa dan sistem JPN boleh mengesannya,” katanya sambil menegaskan pengeluaran MyKad palsu itu tiada kaitan dengan JPN Sabah.
Ia juga, katanya, tiada kaitan dengan sindiket yang membabitkan 22 pegawai JPN sebelum ini, seperti yang terkandung dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Jelasnya, kesemua 22 pegawai JPN itu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kad pengenalan palsu yang dihasilkan mereka telah pun dibatalkan.


EmoticonEmoticon

<>