Rabu, 3 Mei 2017

ANAK TPM NURULHIDAYAH AZAM KAHWIN SEMULA TAHUN INI


Puteri sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid hari ini melahirkan hasrat untuk mendirikan semula rumahtangganya.
Selain berkahwin semula, Nurulhidayah melalui akaun Facebook turut menyatakan beberapa azam lain yang ingin dilakukannya pada tahun 2017.
“Azam tahun baharu nak jadi isteri semula, cuba beri masa lebih untuk anak-anak, cuba cari masa untuk mak/abah dan adik-adik, cuba cari masa ziarah pakcik dan makcik (serta) kukuhkan Ri-Yaz Group.
“Kesimpulannya hanya ingin menjadi yang terbaik buat keluarga dan perniagaan, insyallah,” katanya memetik kenyataan di status tersebut.
Nurulhidayah turut menegaskan beliau hanya ingin berkongsi azam tersebut itu bersama orang yang berfikiran terbuka berbanding mereka lebih suka mengkritik dirinya.
“Saya ingin berkongsi azam 2017 saya (dan) saya tidak perlu menjelaskan (kenapa) tetapi hanya ingin berkongsi dengan semua orang yang positif di luar sana.
“Hari ini adalah hari Jumaat terakhir 2016. Saya gembira dapat mengenali anda semua sejak saya berada di media sosial. Semoga Allah sentiasa memberkati kita dan melalui hujung minggu yang hebat,” katanya lagi.
Jun lalu suaminya, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar. – SuaraTV | MRM


EmoticonEmoticon

<>