Isnin, 8 Mei 2017

NAJIB: PEMBANGKANG CAKAP SENANG, CAKAP NI MURAH TUAN-TUAN…

Najib berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Ekspresi Negaraku di Padang Perbandaran Sandakan lapor Bernama.

SANDAKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa pembangkang cuba menipu rakyat dengan menjanjikan kononnya jika mereka (pembangkang) berkuasa, mereka akan hapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selain mempersoalkan ke mana baki daripada RM41 bilion GST yang dikutip kerajaan setiap tahun setelah ditolak RM6 bilion yang diberikan kepada rakyat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Duit yang baki tu pergi ke mana? Pergi kepada pasukan keselamatan kita, ke sekolah kita, kepada guru-guru kita, hospital kita, doktor kita, jururawat, jalan raya, air dan lain-lain lagi semuanya untuk kesejahteraan rakyat,” tegas Najib.
Justeru Najib menegaskan: “Usahlah tipu, kalau menang dia (pembangkang) kata nak mansuhkan GST.”
“Dia (pembangkang) boleh cakap senang, cakap ni murah tuan-tuan. Apa yang keluar daripada mulut kita ini murah. Tetapi kalau kita tarik RM41 bilion daripada bajet, daripada mana kita nak ‘tutup’ (tampung) ruang itu?” kata beliau.
“(Kalau RM41 bilion dikeluarkan daripada bajet), dari mana nak cari RM41 bilion. Mungkin terpaksa membuang penjawat awam.
“Mungkin elaun penjawat awam terpaksa kena potong. Mungkin BR1M kena mansuhkan, mungkin projek perumahan rakyat tak dapat buat, mungkin jalan raya tak boleh laksanakan, mungkin Lebuh Raya Pan Borneo tergendala,” katanya lapor Bernama.
Nota Ana Ghoib: Berlaku adillah! – Apa yang Najib pura-pura tidak faham ada alternatif GST iaitu Cukai CGT yang mencukai orang kaya terlebih dahulu yang mana tidak timbul soal pelabur lari kerana sememangnya ramai telah menjauhi Malaysia.
Hakikatnya pembangkang mungkin terpaksa menggunakan ubat GST seperti kata Tun Mahathir untuk seketika [menurut keperluan] bagi merawat penyakit yang dicetuskan oleh BN.
Apa yang dikesalkan kerana silap sendiri perlunya membayar hutang maka kerajaan tidak mampu [menyombong] menurunkan walau 1 peratus cukai GST meski untuk meredakan kegusaran rakyat dan memberi impak menurunkan sedikit harga barang yang mendadak naik.


EmoticonEmoticon

<>