Rabu, 3 Mei 2017

PUAD ZARKASHI CABAR DR MAHATHIR ISYTIHAR HARTA


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata Dr Mahathir perlu membuktikan harta yang dikatakan bernilai puluhan bilion ringgit itu bukan dari sumber rasuah dan salah guna kuasa. 
Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengisytiharkan jumlah harta yang dimilikinya dan keluarga, kata Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Puad berkata bekas perdana menteri itu perlu berbuat demikian selepas tidak pernah menafikan kekayaan luar biasa yang dimiliki keluarganya.
“Semua tertanya-tanya berapakah jumlah dan dari mana datang harta kekayaan ini. Dr Mahathir sehingga hari ini masih membisu mengenai perkara ini.
“Apakah Dr Mahathir mengelak daripada menjawab soalan itu kerana beliau sama ada takut atau malu hendak menjawabnya,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
Puad berkata jika Dr Mahathir enggan memberi penjelasan maka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disaran melakukan siasatan.
Katanya, bekas presiden Umno itu juga perlu membuktikan harta yang dikatakan bernilai puluhan bilion ringgit itu bukan dari sumber rasuah dan salah guna kuasa. – MDN


EmoticonEmoticon

<>