Isnin, 8 Mei 2017

TIADA GUNA BERPENDAPATAN TINGGI KALAU TAK GEMBIRA, KATA NAJIB


Sebaliknya, beliau berkata tahap kegembiraan rakyat negara ini dinilai berdasarkan faktor kebebasan, taraf pendapatan, kesihatan dan tahap kebajikan.
Malah, katanya, pencapaian Malaysia mendahului negara-negara maju seperti Jepun, Russia, Itali, Korea Selatan dan negara China.
“Ada yang gembira kerana dapat pergi bercuti merata tempat, ada yang gembira kerana bahagia bersama keluarga, ada yang gembira kerana perniagaan maju dan sebagainya.
“Tetapi sejauh mana rakyat Malaysia gembira? Malaysia berjaya naik lima anak tangga daripada kedudukan ke-47 tahun lepas kepada kedudukan 42 tahun ini,” katanya sambil mengingatkan rakyat supaya produktiviti dengan bekerja keras.
“Tetapi jangan sampai mengakibatkan tekanan emosi yang melampau.

“Tenangkan fikiran dengan beriadah dan meluangkan masa bersama keluarga agar kita dapat mengimbangi antara keceriaan dan kemajuan diri sendiri,” katanya. – Malaysiakini | MRM


EmoticonEmoticon

<>