Isnin, 8 Mei 2017

ZAMAN MAHATHIR RAKYAT TIDAK TERKONGKONG – MAT TAIB


Rakyat tidak rasa terkongkong pada era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mantan Perdana Menteri itu menunjukkan hasil dan pembangunan yang cemerlang sewaktu memerintah.
Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohamad Mohamad Taib berkata, apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih, rakyat bukan sahaja dibebankan dengan akta yang mengongkong, tetapi juga tidak melihat sebarang pembangunan di negara.
“Zaman Mahathir, kita nampak result apabila Putrajaya dibina, lebuh raya dibina dan perindustrian dibangunkan. Disebabkan kita nampak kejayaan itu, kita tidak berapa terasa kongkongan zaman dulu.
“Sekarang ini bunyi sahaja yang banyak. Janji itu dan ini. Mungkin ada kejayaan, tetapi tidak nampak. Oleh kerana itu, rakyat mula bersuara. Tetapi jika kejayaan itu lebih hebat dari zaman Mahathir, orang akan senyap,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama FMT di kediamannya.
Mengulas lanjut, Mohamad yang kini telah menyertai PKR menyatakan sistem pemerintahan yang digunapakai di sesebuah negara tidak menghalang kejayaan negara tersebut jika pemimpin yang memimpin bijak menguruskan negara.
“Apa bezanya perbezaan diantara monarki, demokrasi. China tidak ada demokrasi, maju juga. Brunei pula guna sistem monarki, maju juga dan pada zaman nabi Muhammad, tidak ada sistem demokrasi.
“Sistem itu satu hal, tetapi orang yang memerintah lebih penting. Apabila tidak nampak kejayaan, orang mula mempersoalkan. Ia bukannya orang lain, tetapi bekas Perdana Menteri sendiri yang komen,” ujarnya.
Bagi Mohamad, Kerajaan Persekutuan kini perlu mengkaji kesilapan yang dilakukan dan apa yang diperlukan rakyat pada masa ini.
“Kita harus mengkaji, adakah perlu apa yang kita perlu sekarang ini. Kalau kita buat silap, jangan ulangi kesilapan itu. Sepatutnya lebih banyak berjimat dan jangan berhutang,” jelasnya. – Sumber ihsan Free Malaysia Today


EmoticonEmoticon

<>